LABEL PEMAKANAN
Assalamualaikum kepada pembaca setia blog saya, harini saya ingin berkongsi sedikit dengan sesuatu yang nampak mudah dan sering diendahkan oleh semua orang termasuk saya juga.
Setiap makanan komersial yang terdapat di Malaysia memiliki label pemakanan di bungkusan yang membungkus makanan itu. Pada label itu tertera segala maklumat yang patut diketahui oleh semua pembeli sebelum membeli. Malangnya, ramai yang hanya memandang hanya dengan sebelah mata.
Tetapi bagaimanakah cara yang betul untuk membaca label makanan supaya kita dapat membuat pilihan yang terbaik.
Gambar di atas menunjukkan contoh label kandungan makanan yang terdapat pada bungkusan roti
Pada label makanan itu kita dapat mengetahui pelbagai perkara yang penting seperti :
- Kandungan pemakanan iaitu maklumat ini boleh didapati pada bahagian maklumat pemakanan di mana ia menyenaraikan jenis dan jumlah nutrien yang diperoleh apabila kita mengambil produk ini.
- Senarai ramuan dimana ramuan yang digunakan dalam menyediakan produk .
- Tarikh luput dimana kita seharusnya sentiasa peka dengan tarikh luput produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh lututnya.
- Pengilang dan pengeluar disini kita dapat mengenali siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.
- Perakuan label, apabila sesuatu makanan itu diakui sebagai memiliki kandungan “ yang tinggi, ini bermakna produk ini telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien khusus tersebut kepada kita.
Dengan melihat perkara diatas kita dapat mengatur pemakanan kita dengan baik mengikut tahap kesihatan seseorang individu itu. Sebagai contohnya, jika kita ingin mengurangkan gula bahagian yang harus kita lihat adalah pada bahagian senarai ramuan. Kita perlu memilih makanan yang tidak mengandungi gula dan juga mana jenis-jenis setara dengannya seperti sukrosa, glukosa, fruktosa.
Selain itu, kalori setiap sajian, badan kita memerlukan jumlah kalori yang berbeza-beza contohnya wanita hanya memerlukan sebanyak 1.800-2.000 kalori manakala lelaki pula memerlukan sebanyak 2.200-2.600 kalori per hari.
Jadi itulah sedikit perkongsian daripada saya mengenai label pemakanan, diharapnya agar semua lebih menitikberatkan lagi soal pengambilan pemakanan agar kita dapat mencapai gaya hidup yang lebih sihat.
Ulasan
Catat Ulasan