"TAKUT ITU MUSUH"

Apakah ketakutan terbesar anda?
Sifat takut itu lumrah. 

Seringkali terpikir di benak fikiran saya tentang ketakutan terbesar dalam hidup saya. Tetapi jika ditulis banyak lagi ketakutan lain. Jadi bagaimana kita sebagai manusia menghadapi hal ini? 

Hati kita manusia sangat mudah untuk berasa takut. Tidak dinafikan bahawa kita senang merasa takut walaupun hal yang kecil.  Sebagai contoh,  semasa kita kecil pasti kita akan ditakutkan oleh orang-orang tua."Jangan main dekat hutan, ada nenek kebayan". Percaya atau tidak kita pasti akan terbayang akan nenek kebayan apabila memasuki hutan. 

Kadangkala ada sesetengah ketakutan dalam diri kita yang perlu kita atasi. Saya tertarik dengan satu video tentang seorang nenek berusia 102 tahun yang menjadi skydiver tertua di dunia setelah terjun dari ketinggian 14000 kaki (4300 meter)  di ruang udara Australia Selatan. Bayangkan bagaimana seorang tua boleh mengumpul keberanian untuk terjun dengan satu ketinggian yang saya sendiri pasti kecut perut.


Melihat video nenek itu, saya terus sedar bahawa diri kita sendiri yang meletakkan rasa takut itu sendiri. Takut itu lumrah tetapi jika ditanam didalam diri ianya dapat membuatkan diri kita berada di tempat yang sama iaitu zon seleasa. Jadi mari ucapkan selamat tinggal zon selesa.💪

Ulasan

Catatan Popular