Si Kayu

Hai disana Assalamualaikum apa khabar?.  Pertama sekali aku nak ucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada semua yang singgah baca blog aku. :) .

     Baiklah, untuk coretan aku yang kedua, aku ingin berkongsi tentang "si kayu". Pelikkan kenapa aku bagi gelaran sebegitu rupa, jelek dengar. Si kayu itu adalah aku. 
Memang menjadi tradisi untuk temapt pengajian aku, apabila tamat minggu perkasa putra akan diakhiri dengan satu pertandingan  yang diberi nama Malam Tunas Budaya yang melibatkan semua pelajar tahun1 untuk membuat persembahan.

Ujibakat dijalankan bagi mencari suara emas dan juga mencari penari bagi menjayakan malam tersebut . Aku sungguh kagum melihat bakat-bakat kawanku yang sungguh aku tak sangka. Betullah   kata-kata " Jangan hanya memandang dari rupa". Aku? sememangnya tiada bakat dalam kedua-dua bidang , nyanyi panggil hujan itu kemahirn aku. Malangnya pihak penjurian meminta semua pelajar untu menyertai ujibakat tersebut.

Aku gagahkan diri dan sertai ujibakat bagi penari, dan cuba teka aku terpilih kesemua saringan dan terpilih menjadi penari bagi mewakili kolej untuk pertandingan Malam Tunas Budaya 2018. Aku  tidak tahu hendak senyum , muram ,terperanjat atau bangga. Aku cuma ketawa seperti orang gila dan bermonolog pada diri sendiri. Mereka ada mengatakan bahawa pelajar yang terpilih ini semuanya berbakat yang boleh mewarnai dunia seni.  Makin aku terhibur dengan pernyataan yang dikeluarkan, tetapi apa salahnya tak cuba tak tahu, tak kenal maka tak cinta. 

Permulaannya memang sukar, aku langsung tidak pernah melibatkan dalam apa-apa aktiviti seni. Inilah aktiviti seni  aku yang pertama. Boleh dibayangkan ibarat batang kayu yang ingin dilenturkan itulah aku. Latihan demi latihan, akhirnya si kayu ni boleh belajar tetapi mungkin postur badan dan lenggok tarian itu tidak sempurna seperti mereka yang lain, tetapi aku bangga dengan diri aku untuk samoai ke tahap ni , ye si kayu ini menari.

Aku mula seronok berlatih dengan rakan-rakan baru, banyak perkara yang aku belajar bukan sahaja dari segi tarian tapi ia menyeluruh. Kebetulan rakan rapat aku juga terpilih sebagai penyanyi untuk  persembahan tersebut, lagi aku seronok datang latihan. Bangga aku melihat dia memegang mikrofon dan menyanyi. Penat memang penat, tetapi tiada yang memenatkan di dunia ini . Lagipun kita wujud didunia ini bukan untuk berehat. Ikatan kami dari hari ke hari ia menjadi kuat. Aku nampak perpaduan,kegembiraan dan kerjasama disebalik kepenatan dan emosi jiwa koyak sahaja.




Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum tiba hari yang dulunya kami takut,tapi sekarang kami tunggu hari  itu datang.  Si kayu ini ingin menari demi kolej yang tercinta dan demi membalas segala perkara baik yang aku peroleh sepanjang mengikuti acara ini. Selamat tinggal, dan jangan lupa sokong si kayu dan rakan -rakan. 



Ulasan

Catatan Popular