TUKAR ANGIN
"TUKAR ANGIN"
Sepanjang 19 tahun hidup aku, tak pernah sekali pun terbayang akan jejak kaki ke bumi Serdang,Selangor. Aku dari Johor, dari merangkak sampailah berlari aku tetap dari Johor. Sekolah rendah dan menengah di daerah aku, Pontian, Johor sampailah aku menyambung pelajaran ke peringkat Matrikulasi juga di Johor, Kolej Matrikulasi Johor.
Sampailah detik 2/9/2018, aku bertukar angin ke bumi Serdang, Selangor bagi menjadi seorang mahasiswa UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.
Perasaan? bercampur baur, suka, teruja, gembira, risau semua ada. Perkataan pertama nampak nama UPM di papan tanda jalan semua perasaan itu tiba-tiba muncul.
Sesak sangat sesak pada waktu pendaftaran, bermacam-macam orang dengan pelbagai latar belakang yang aku jumpa. Memang tabiat aku, mata melilau apabila ditempat baharu, bukan apa cuma nak simpan setiap detik dalam otak . Jadi sesi pendaftaran pun bermula, segala dokumen yang diperlukan semua aku sudah sediakan.
Semua orang yang bertugas pada hari pendaftaran semua senyum manis, mungkin hendak bagi kami pelajar baharu rasa selesa. Tapi ia berkesan , aku selesa. Dapat bilik tingkat 3 lagi, sama seperti di matrikulasi dulu. Aku lagi suka bilik di aras tinggi, sebab aku suka dengan pemandangan yang aku akan dapat. Ye memang penat nak mendaki tapi kalau hasilnya memuaskan apa salahnya. "Jauh perjalanan, luas pemandangan" bukan.
Rakan sebilik satu hari. Aku bagi dia gelaran itu sebab kami cuma sebilik tak sampai sehari. Orang sabah bah, katanya minat dengan badan uniform PALAPES. Aku okay je, jadi dia pun meneruskan hasrat dia dan berpindah kolej kediaman yang baru. Aku tidurlah bersendiri di bilik pada hari pertama, adui sedihnya. ;)
Macam biasa rutin pelajar baharu, minggu suai kenal pun bermula. Pandangan aku, semuanya menarik, cara setiap fasilitator melayan semua pelajar baharu adalah sangat peramah. Aktiviti sangat banyak dan mengisi setiap masa aku. Paling aku rasa sangat seronok adalah semasa berlatih untuk pertandingan sorak setiap kolej , semangat betul. Dengan setiap memek muka semua , hilang rasa malu dan sangat kelakar. Sayang tak mendapat tempat, tapi dapat sesuatu yang lagi menyeronokkan, kenangan.
Ulasan
Catat Ulasan