Lebih teruk daripada kerbau

     




 "Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya". Suatu peribahasa yang sering kali hinggap di telinga ini. Jika kita manusia yang  mempunyai akal dan otak pun tidak mampu memegang pada janji ,dimanakah tahap kita jika dibandingkan dengan haiwan yang hanya mempunyai otak.
  
Hai semua pada  kali ini saya tertarik ingin berkongsi tentang janji apabila saya secara tidak sengaja saya melihat satu pergaduhan yang melibatkan dua individu di sebuah stesen bas. Saya tidak tahu apa isi pergaduhan itu, tetapi yang penting perkataan janji itu sering diulang-ulang. Oleh hal yang demikian  saya terpanggil untuk bercerita tentang pentingnya berpegang pada janji.
Kerbau meskipun liar  dan bebas tetapi tetap dapat dikawal dan diurus selagi kita dapat memegang talinya. Dari haiwan yang liar ianya dapat berubah menjadi haiwan ternakan yang dapat digunakan tenaganya untuk bersawah. Begitu juga dengan manusia jika dipegang pada janjinya dengan baik, maka dirinya akan dihormati dan juga dapat memberi kebaikan kepada masyarakat.

Jadi, bagaimana kita ingin menepati janji yang telah dibuat?. Disini saya ingin berkongsi antara cara yang boleh mendidik kita untuk menepati janji.Pertama sekali jadikan janji yang kita tlah dibuat sebagai satu keutamaan. Contonya membuat nota ringkas dan menampal di satu kawasan yang boleh dilihat selalu supaya kita tidak lupa.

Yang kedua,  sentiasa mengenal kempuan diri sendiri, agar kita tidak menjanjikan sesuatu yang tidak boleh kita tunaikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak boleh diundur. Seterusnya, letakkan diri kita sebagai orang yang dimungkiri janjinya, pasti kita tidak sukan akan perasaan itu, maka kita akan lebih peka dalam membuat sesuatu janji.

Hal ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah yang mengariskan kriteria orang yang munafik iaitu orang yang berkata dusta, orang yang mungkiri janji yang dibuat, orang yang pecah amanah dan juga orang kuat berdendam dalam perbalahan. Disini kita dapat lihat keempat-empat kriteria ini menyentuh konteks kepercayaan. Bayangkan hanya satu janji yang dimungkiri boleh memusnahkan kepercayaan yang dibina bertahun-tahun.

Jadi marilah kita bersama-sama menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menjaga janji.

Ulasan

Catatan Popular