"SAWADDEE KHAP"
Hai semua, assalamualaikum. Baiklah hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang saya peroleh daripada kawan saya, iaitu tentang bahasa.
Ceritanya bermula, ketika saya keluar mencari barang, saya pergi ke sebuah kedai untuk mencari barang bilik saya. Saya yang pertama kali datang ke situ agak janggal kerana pemilik kedai itu hanya memerhati saya dari atas ke bawah seperti saya ingin mencuri. Pada mulanya, saya biarkan sahaja, tetapi saya rasa terganggu jadi saya pun bertanya. "Maaf, kenapa ye?". Pemilik itu malah menunjukkan muka hairan akan soalan saya. Saya bertanya kembali dan kemudian dia membalas dengan bahasa yang tidak saya ketahui, tetapi gayanya agak marah lalu saya beredar kerana malu.
Dipendekkan cerita, rupa-rupanya mereka tidak mahir berbahasa melayu, menurut kawan saya yang berbangsa Siam yang selalu datang ke kedai itu. Lucu rasanya bila teringat kembali. Jadi saya pun belajar sedikit bahasa ibunda mereka dan ingin kembali ke kedai itu.
Berikut adalah sedikit sebanyak ayat yang saya pelajari.
"hai, apa khabar?"="sawaddee khap"
"Maafkan saya" = "khothord khap"
"Ini berapa" = "anni thaorai khap"
*khap tidak membawa apa-apa makna, tapi hanya ingin menunjukkan kesopanan dalam berbicara*
Saya kembali ke kedai itu bersama rakan saya, kali ini peniaga itu tersenyum manis kepada hai dan saya menyapa "sawaddee khap" . Peniaga ketawa kepada saya dan membalas, tetapi saya tidak tahu maksudnya. Rakan saya mewakili saya meminta maaf atas kejadian tempoh hari. Rupa-rupanya, peniaga itu mengucapkan "selamat datang, ada apa yang boleh saya bantu, tetapi saya malah melarikan diri. Saya berasa sungguh malu dan meminta maaf kepadanya sekali lagi.
Disini saya sedar bahawa di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India malah ada banyak lagi kaum mungkin kita tidak ketahui. Bezanya mungkin pada populasi sesuatu kaum itu. Hal inilah yang menyebabkan negara kita terlihat unik. Saya berasa gembira kerana dapat mempelajari perkara baru.
"khop khun khap" 😊
*terima kasih*
Ulasan
Catat Ulasan