Kita Superhero
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi atas segala urusan saya yang dipermudahkan.
Hai semua, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan suatu perkara yang bagi saya menarik iaitu tentang kata-kata.
Tajuk blog saya iaitu kita superhero, pelik bukan. Sengaja saya menggunakan gelaran superhero kerana superhero sinonim dengan wira yang menyelamatkan dunia dan juga mempunyai kuasa. Jadi dimana kuasa kita? Kuasa kita adalah dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut kita. Perasan atau tidak hanya dengan kata-kata yang tidak dapat dilihat secara fizikal ianya dapat melahirkan atau mematikan. Sungguh berkuasa.
Oleh itu, di kesempatan ini, saya akan berkongsi sedikit tentang kuasa kita. Kata-kata ini memang mudah untuk dikeluarkan tetapi, ingat salah jalan maka sesatlah jawabnya. Justeru itu, setiap pemilihan ayat kita hendaklah diteliti dengan baik sebelum dikeluarkan agar dapat menyampaikan maksud yang betul.
Adakah kita semua tahu bahawa peratus kematian disebabkan makanan manis seperti coklat adalah lebih besar berbanding peratus kematian yang disebabkan oleh rokok. Tetapi mengapa tiada orang yang menghalang atau membuat kempen berhenti makan coklat , sayangi nyawa anda?. Hal ini kerana kata-kata yang menggambarkan rokok adalah kata-kata yang negatif berbanding kata-kata yang menggambarkan coklat. Jadi reaksi yang diterima daripada audien adalah mengikut kata yang disampaikan.
Berfikir dahulu sebelum berkata, ibarat pepatah Melayu, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Kita tidak tahu dalam berapa juta perkataan yang kita keluarkan,perkataan mana yang meninggalkan bekas di hati seseorang. mungkin hanya dengan kata "bosan ataupun ahh" sudah boleh mengguris hati orang. Ingat lidah itu setajam pisau. Rasulullah juga pernah berkata diam lebih baik daripada berkata-kata. Oleh itu, berfikir sebelum berkata-kata amatlah memainkan peranan yang penting.
Sebelum saya mengakhiri blog pada kali ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri juga agar sentiasa menjaga kata, sentiasa berkata akan perkara yang baik. Mulut mampu mengeluarkan bisa yang sangat pedih ataupun tebu yang sangat manis, semuanya terletak ditangan kita sendiri. Kita mampu mengubahnya.
Sekian, terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan