"SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT"
Siapa yang tidak tahu akan peribahasa "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".Peribahasa yang sering digunakan didalam karangan sewaktu sekolah rendah.
Sudah pasti peribahasa itu sering dikaitkan dengan amalan menabung. Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang suka menabung tetapi bukan juga boros.
Setiap orang berbeza begitu juga saya. Kebiasaanya saya akan menabung apabila saya ingin membeli sesuatu. Walaupun duit tabungan itu habis saya gunakan untuk memenuhi keinginan saya tetapi saya berusaha sendiri untuk mendapatkan keinginan saya dengan menabung. Sedikit sebanyak amalan itu dapat melatih diri saya.
Itulah hasil tabungan saya setakat ini. Hasil kumpulan saya telah mencecah sebanyak rm100 hanya dalam sebulan lebih. Pada tabungan kali ini, saya menabung kerana saya hanya ingin membuat simpanan kerana mengikut pengamatan saya kehidupan di universiti banyak mengeluarkan duit. Duit?macam air derasnya. Oleh sebab itu, dari saya menjadi papa kedana lebih baik saya menyediakan payung sebelum hujan. Bagaimana cara untuk disiplin dalam menabung? Senang sahaja.
- Tetapkan tujuan kita menabung
- Letak tabung ditempat yang senang untuk dilihat.
- Biasakan diri untuk memasukkan duit sebaik sahaja melihat tabung. (Secara automatik ianya akan menjadi kebiasaan) .
Itulah antara cara yang selalu saya amalkan apabila saya ingin menabung. Percayalah menabung bukannya susah. "Tepuk dada tanya hati"
Ulasan
Catat Ulasan