Sudden Si Ikan Laga



Hai semua pecinta haiwan. Fakta menyatakan bahawa dengan membela haiwan seseorang dapat menghilangkan rasa sunyi dan juga menghilangkan tekanan.  

Pada blog kali ini, saya ingin bercerita tentang pengalaman saya membela ikan laga. Gambar di sebelah adalah ikan laga saya yang pertama. 

Saya memanggilnya dengan nama Sudden. Saya membelinya pada sebuah ekspo di universiti saya. Saya membeli dengan harga Rm15 dan dilengkapi dengan makanan dan juga bekas. Itulah kali pertama saya membela ikan.  Tetapi Tuhan lebih menyayangi Sudden,ikan pertama saya mati disebabkan air yang tercemar. Saya berasa sungguh sedih dan kecewa. 

Tetapi setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak lama kemudian, saya mendapat ikan laga baru dari pakcik saya. Kali ini saya, menjaganya dengan baik. Antara tips yang boleh saya kongsikan adalah sentiasa tukar air ikan laga. Jangan biarkan air kotor didalam bekas ini boleh menyebabkan bakteria membiak. 

Seterusnya, ikan laga agak cerewet dalam pemakanan. Sebagai contohnya, jika terlebih makanan yang diberi ianya boleh mengundang kematian kepada ikan laga. 

Dari segi pemilihan bekas pula, hendaklah menggunakan bekas yang besar supaya ianya dapat berenang bebas. Apabila menukar air pula, hendaklah menggunakan air mineral. Air paip tidak sesuai untuk ikan laga. 

Itulah sedikit sebanyak tips yang paling penting dalam penjagaan ikan laga. Jadi jangan penat untuk membela haiwan kerana ianya merupakan suatu perkara yang mulia.
                                                           
                                                                 🐟🐟🐟🐟

Ulasan

Catatan Popular