CUTI!!CUTI!!
Hujung tahun muncul lagi. Sudah menjadi kelaziman di hujung tahun, iaitu waktu yang ditunggu-tunggu.Inilah waktu istimewa bersama insan tersayang. Tidak salah kalau hendak berseronok dan bergembira setelah penat dengan tugasan harian tetapi, jangan pula mengabaikan aspek keselamatan.
Apakah langkah yang perlu diambil sebelum pergi bercuti❔
- Memaklumkan pemergian kepada orang terdekat.
Setidaknya ada kenalan kita mengetahui pemergian kita, hal ini agar jika ada perkara penting , kita dapat dihubungi.
2. Pastikan semua plug peralatan elektrik dicabut.
Memandang malang tidak berbau jadi tidak salah jika kita ambil langkah berjaga-jaga.Jika rumah kita dilengkapi sistem keselamatan maka aktifkan.
3, Rancang perjalanan
Rancang perjalananan dapat membantu kita menjimatkan kos perjalanan dan juga masa.Hal ini juga dapat menjadikan perjalanan menjadi lebih teratur.
4. Menyelenggara kenderaan sebelum memulakan perjalanan
Memeriksa keadaan tayar adakah haus atau tidak, menukar minyak hitam dan sebagainya. Langkah ini amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
5. Melantik seorang ketua di dalam kumpulan
Sebagai contoh, apabila keluar bersama rakan, lantik seorang ketua yang dapat memandu perjalanan agar objektif perjalanan itu tercapai sekali gus dapat menjimatkan masa.
Itu sahaja tips daripada saya sebelum bercuti. Saya ucapkan selamat bercuti kepada semua dan jangan lupa untuk menggunakan tips di atas. Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan