GEMURUH

Hai semua, baiklah pada blog kali ini saya terpanggil untuk bercerita tentang cara mengawal perasaan gemuruh.



Bagi sesetengah orang mereka mudah diserang perasaan gemuruh apabila berhadapan  dengan sesuatu situasi pada kali pertama.Contohnya, perasaan gemuruh mudah terbit apabila kita membentangkan satu kertas kerja terutamanya apabila berhadapan dengan staf-staf dan bahagian pengurusan tertinggi organisasi di sesebuah tempat.



Gejala gemuruh atau gementar ini perlu diperangi semaksima mungkin supaya apa yang disampaikan berjalan dengan lancar.Tidak dinafikan perasaan gemuruh ini mudah muncul.Di sini saya sertakan beberapa tip untuk mengawal perasaan gemuruh.

    Pertama sekali, berdoa dan menarik nafas sedalam-dalamnya apabila hendak berucap.Doa itu satu penghubung yang penting supaya mendapat ketenangan ketika berucap. Apabila kita ingin memulakan pembentangan, tarik nafas dengan mengangkat kedua-dua tumit kaki dan dengan perlahan hembuskan nafas sambil mengembalikan tumit ke posisi asal. Teknik ini dapat mengurangkan regangan otot akibat stress.

  Selain itu,cuba untuk mencari wajah audien yang mampu memberi keyakinan kepada kita.Sebagai contoh, wajah yang kita kenali, atau audien yang sentiasa tersenyum dan menumpukan perhatian kepada kita.Reaksi muka sangat membantu dalam hal ini.Seterusnya, kita perlulah cuba untuk mewujudkan hubungan mesra dengan audien, berinteraksi dengan audien dapat membuat kita lebih selesa ketika berdiri di hadapan khalayak ramai.

  Kata-kata positif seperti "Aku boleh melakukannya" sangat membantu untuk membuat kita lebih yakin berbanding "Pasti ramai yang lebih baik" hanya meningkatkan perasaan gemuruh bukan menghilangkannya.

   Natijahnya, gemuruh bukan sahaja memberi aura negatif tetapi juga memberi kita semangat untuk membuat sesuatu perkara dengan lebih baik. Jadi, tak usah risau tetapi cuba mengawalnya dengan cara yang terbaik.  

  

Ulasan

Catatan Popular