SELANGOR FM
"Baiklah bersama saya lagi Dj anda pada petang ini dalam segmen ekspresi. Tepat jam 3 petang ini mari kita dengarkan lagu-lagu terkini bersama Selangor fm, pilihan tepat"
Coleteh seorang peyampai radio Selangor fm. Pada minggu lepas saya dan rakan saya berkunjung ke RTM bagi menyempurnakan satu tugasan kami. Itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke RTM.
Banyak yang saya pelajari tentang organisasi radio.Selangor fm merupakan stesen radio negeri dibawah RTM. Stesen radio ini menyebarkan info dari pelbagai aspek untuk rakyat Selangor.
Saya juga diberi peluang untuk menjadi penyampai radio semasa kunjungan saya ke sana. Bukan mudah untuk menjadi seorang penyampai radio. Penyampai radio banyak bermain dengan emosi ketika bertugas. Ketika ini saya dapat merasakan apa yang dirasakan oleh penyampai radio. Bagaimana mereka boleh membuat kita terhibur hanya dengan suara.
Berikut adalah sedikit informasi yang dapat saya kongsikan tentang Selangor fm. Selangor fm merupakan stesen radio yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam setiap segmen dan juga menyebarkan info tentang negeri Selangor.
Pengalaman yang saya peroleh ketika di Selangor fm sangat berharga. Pelbagai maklumat yang saya ketahui. Jadi saya menyeru dengarlah Selangor fm pada frekuensi 100.9 Mhz yang dapat didengar di mana jua.
Ulasan
Catat Ulasan